Showing posts with label PROGRAM DUP. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM DUP. Show all posts

18 Sept 2014

PROGRAM JAMBATAN KASIH MERDEKA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Program Jambatan Kasih Merdeka adalah satu program dimana bertujuan menyuntik semangat kasih sayang antara sesama insan. Program ini merupakan satu program sukarelawan dibawah subjek Penasihat Akademik kami yang dikendalikan oleh Puan Suriyati Bt. Tajrud-din dan seorang lagi pensyarah yang turut menjayakan program ini Puan Nur Liyana Bt. Sahiffudin. Program ini berlangsung di Rumah Kanak-Kanak Sinar Suria Temerloh Pahang pada tarikh 9 September 2014. Selain mengeratkan silaturahim sesam insan, program ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan dorongan kepada golongan yang tidak bernasib baik untuk lebih kuat dalam menempuh hari hari mendatang. Pihak DUP3A juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua jabatan.

Antara aktiviti yang dilakukan dirumah Kanak-Kanak Sinar Suria :




Menyediakan makanan tengah hari bersama penghuni rumah Sinar Suria .






Melukis dan mengecat.






Membersihkan kawasan Rumah Kanak-Kanak Sinar Suria.







Mengeratkan silaturahim antara warga PMS dan Penghuni Rumah Kanak-Kanak Sinar Suria Temerloh,Pahang.










JPH BOWLING CHALLANGE 14 FEBRUARI 2014


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Program Jph Bowling Challange bertarikh 14 Februari 2014 bertempat di Megalanes, Berjaya Megamall Kuantan dan di kendalikan oleh pelajar  Dup5/BUP5 adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar junior dan pelajar senior. Program ini di buat atas subjek HT517  Event Operation Managment di bawah bimbingan pensyarah En. Zulkiple Bin Che Din.





Sesi pendaftaran peserta di lobi Jph sebelum bergerak ke Kuantan menaiki bas Politeknik. Sebanyak 3 buah bas Politeknik di gunakan untuk program ini








Urusetia memberi taklimat sebelum pertandingan bermula










Antara peserta yang mengambil bahagian













Urusetia turut peluang bermain boling 







Urusetia dari pelajar DUP5/UP5 yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir untuk menjayakan program ini























15 Sept 2014

Majlis Sambutan Hari Raya ; kelas DUP1A



Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Baru- baru ini Kelas DUP1A telah mengadakan jamuan raya kelas dan telah diadakan di Satelite Kitchen yang terletak di lobi hotel jabatan kami. Jamuan ini telah diadakan pada 14 Ogos 2014 jam 8.30 malam. 

Majlis dimulakan dengan menyambut ketibaan ketua program kami iaitu Cik Tan Kang Yee. Selain beliau, pensyarah lain juga seperti Puan Elena binti Anwar turut menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi majlis.

Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Mohd Hafi z bin Makhtar. Setelah selesai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari ketua program kami iaitu Cik Tan Kang Yee.


Selesai itu majlis diteruskan dengan aktiviti makan- makan. Antara menu yang dihidangkan pada malam itu ialah nasi briani, ayam masak merah dan pelbagai lagi menu lain yang menyelerakan. Majlis bertambah meriah dengan lagu-lagu raya yang dimainkan oleh para pelajar.






Antara rakan sekelas yang terlibat dalam bahagian penyediaan menu makanan. Tanpa kalian sungguh tidak lengkap majlis jamuan raya tersebut.

Jamuan raya tersebut berakhir pada jam 10.30 malam setelah kami semua selesai mengemas kembali Satelite Kitchen seperti keadaan asal, Terima kasih kepada yang terlibat.


SEMINAR IMEJ ABC ANJURAN JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI


ASSALAMUALAIKUM,
SEMINAR IMEJ ABC oleh CuteCarry.com Hafiz Mustapha iaitu perunding imej, penulis, blogger fesyen dan pengasas / pemilik CuteCarry.com. Seminar ini telah diadakan pada 26 Jun 2014 bertempat di Dewan Kuliah Utama (PMS).

Imej bukanlah semata-mata merangkumi penampilan tetapi melibatkan ABC iaitu Appearance (penampilan) , Behaviour (kelakuan) , Communication (komunikasi). Perbuatan dan imej seseorang akan memberi impak tentang apakah pandangan terhadap diri dan organisasi yang diwakili. Sehubungan dengan itu, sahsiah dan keterampilan diri adalah aspek penting di dalam seseorang individu.

Program ini adalah anjuran Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (PMS) dan dikendalikan oleh pelajar semester 5 (DUP5A) dibawah pensyaran bimbingan iaitu Puan Elena Bt Anwar sebagai latihan untuk mengendalikan sesuatu acara dibawah subjek HT517-EVENT OPERATION MANAGEMENT . Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar dari Jabatan Pelancongan & Hospitaliti(PMS).

Antara Objektif program ini adalah untuk mengetahui kepentingan imej terhadap pembangunan professional , memahami personaliti dan imej fizikal, mengaitkan karakter seseorang dengan pencapaian kerjaya , mendalami elemen-elemen asas tentang imej , meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan serta mempelajari protokol dan etiket.


Antara aktiviti yang dijalankan semasa Seminar Imej ABC




Sebahagian dari pelajar dan pensyarah yang menghadiri Seminar Imej ABC



Encik Hafiz Mustapha sedang memberi ceramah

Antara aktiviti yang dijalanan semasa Seminar Imej ABC


Sebahagian dari urusetia untuk Seminar Imej ABC

Antara pelajar yang mendengar ceramah