Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Baru- baru ini Kelas DUP1A telah mengadakan jamuan raya kelas dan telah diadakan di Satelite Kitchen yang terletak di lobi hotel jabatan kami. Jamuan ini telah diadakan pada 14 Ogos 2014 jam 8.30 malam.
Majlis dimulakan dengan menyambut ketibaan ketua program kami iaitu Cik Tan Kang Yee. Selain beliau, pensyarah lain juga seperti Puan Elena binti Anwar turut menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi majlis.
Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Mohd Hafi z bin Makhtar. Setelah selesai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari ketua program kami iaitu Cik Tan Kang Yee.
Selesai itu majlis diteruskan dengan aktiviti makan- makan. Antara menu yang dihidangkan pada malam itu ialah nasi briani, ayam masak merah dan pelbagai lagi menu lain yang menyelerakan. Majlis bertambah meriah dengan lagu-lagu raya yang dimainkan oleh para pelajar.
Antara rakan sekelas yang terlibat dalam bahagian penyediaan menu makanan. Tanpa kalian sungguh tidak lengkap majlis jamuan raya tersebut.
Jamuan raya tersebut berakhir pada jam 10.30 malam setelah kami semua selesai mengemas kembali Satelite Kitchen seperti keadaan asal, Terima kasih kepada yang terlibat.
No comments:
Post a Comment