ASSALAMUALAIKUM,
SEMINAR IMEJ ABC oleh CuteCarry.com Hafiz Mustapha iaitu perunding imej, penulis, blogger fesyen dan pengasas / pemilik CuteCarry.com. Seminar ini telah diadakan pada 26 Jun 2014 bertempat di Dewan Kuliah Utama (PMS).
Imej bukanlah semata-mata merangkumi penampilan tetapi melibatkan ABC iaitu Appearance (penampilan) , Behaviour (kelakuan) , Communication (komunikasi). Perbuatan dan imej seseorang akan memberi impak tentang apakah pandangan terhadap diri dan organisasi yang diwakili. Sehubungan dengan itu, sahsiah dan keterampilan diri adalah aspek penting di dalam seseorang individu.
Program ini adalah anjuran Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (PMS) dan dikendalikan oleh pelajar semester 5 (DUP5A) dibawah pensyaran bimbingan iaitu Puan Elena Bt Anwar sebagai latihan untuk mengendalikan sesuatu acara dibawah subjek HT517-EVENT OPERATION MANAGEMENT . Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar dari Jabatan Pelancongan & Hospitaliti(PMS).
Antara Objektif program ini adalah untuk mengetahui kepentingan imej terhadap pembangunan professional , memahami personaliti dan imej fizikal, mengaitkan karakter seseorang dengan pencapaian kerjaya , mendalami elemen-elemen asas tentang imej , meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan serta mempelajari protokol dan etiket.
|
Antara aktiviti yang dijalankan semasa Seminar Imej ABC |
|
Sebahagian dari pelajar dan pensyarah yang menghadiri Seminar Imej ABC |
|
Encik Hafiz Mustapha sedang memberi ceramah
|
|
Antara aktiviti yang dijalanan semasa Seminar Imej ABC
|
|
Sebahagian dari urusetia untuk Seminar Imej ABC |
|
Antara pelajar yang mendengar ceramah |
No comments:
Post a Comment