14 Sept 2014

Program Bakti Siswa - DHP2A


Program Bakti Siswa Ekspedisi Sg Janda Baik Bersama Komuniti Janda Baik telah diadakan pada 5 September 2014 hingga 7 September 2014 bertempat di Kg. Janda Baik, Pahang. Ini adalah bertujuan untuk memenuhi CLO dan PLO untuk subjek HT 229 Park & Operation dan salah satu objektif dalam mendekatkan pelajar dan staf akademik dengan masyarakat setempat.

Program Bakti Siswa ini juga mendapat kerjasama dari pihak setempat seperti AJK Homestay Kampung Janda Baik, Persatuan Belia Kampung Janda Baik, Komuniti Rukun Tetangga dan masyarakat setempat.

Seramai 33 orang pelajar dan 2 orang pensyarah sebagai pengiring dalam Program Bakti Siswa ini. Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti aktiviti jungle trekking, aktiviti sukan rakyat, gotong-royong membersihkan kawasan sungai dan gotong-royong memasak (rewang) bersama penduduk kampung.

 Banner Program

HARI PERTAMA

Pembahagian Anak Angkat

HARI KEDUA

 Aktiviti Jungle Trekking di Latto Charok

Potluck di Pulau Santap




 Sukan Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Janda Baik



 Malam Simfoni Kasih dan Barbecue bersama keluarga angkat

HARI KETIGA



 Gotong-royong memasak (rewang) bersama penduduk kampung


Gotong-royong membersihkan kawasan sungai

Majlis Perasmian Penutup dan Penyerahan Kembali Anak Angkat oleh Tn. Hj. Nor Rahim Bin Muhayat, Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Muadzam Shah.

1 comment:

  1. Hi, we are interested with this programme. we would like to know how you contact the community for collaboration with janda baik.

    hope to hear from you soon.

    thank you, have a nice day.

    ReplyDelete