18 Sept 2014

PROGRAM JAMBATAN KASIH MERDEKA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Program Jambatan Kasih Merdeka adalah satu program dimana bertujuan menyuntik semangat kasih sayang antara sesama insan. Program ini merupakan satu program sukarelawan dibawah subjek Penasihat Akademik kami yang dikendalikan oleh Puan Suriyati Bt. Tajrud-din dan seorang lagi pensyarah yang turut menjayakan program ini Puan Nur Liyana Bt. Sahiffudin. Program ini berlangsung di Rumah Kanak-Kanak Sinar Suria Temerloh Pahang pada tarikh 9 September 2014. Selain mengeratkan silaturahim sesam insan, program ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan dorongan kepada golongan yang tidak bernasib baik untuk lebih kuat dalam menempuh hari hari mendatang. Pihak DUP3A juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua jabatan.

Antara aktiviti yang dilakukan dirumah Kanak-Kanak Sinar Suria :




Menyediakan makanan tengah hari bersama penghuni rumah Sinar Suria .






Melukis dan mengecat.






Membersihkan kawasan Rumah Kanak-Kanak Sinar Suria.







Mengeratkan silaturahim antara warga PMS dan Penghuni Rumah Kanak-Kanak Sinar Suria Temerloh,Pahang.










No comments:

Post a Comment